Coca-Cola, PepsiCo. sumbang bahan plastik tertinggi dunia - Kosmo

 

Coca-Cola, PepsiCo. sumbang bahan plastik tertinggi dunia

KEDUDUKAN tersebut menjadikan syarikat Coca-Cola dan PepsiCo. sebagai pengeluar sisa plastik tertinggi dunia selama empat tahun berturut-turut. - AFP
  • Oleh KOSMO!
  • 2 Februari 2022, 9:30 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA – Syarikat Coca-Cola dan PepsiCo. telah disenaraikan sebagai penyumbang bahan plastik tertinggi di dunia dalam tempoh empat tahun berturut-turut, lapor laman berita Wion News semalam.

Kedudukan tersebut dikeluarkan oleh Break Free From Plastic yang merupakan sebuah badan penggerak global yang menuntut pengurangan besar-besaran dalam penggunaan plastik pakai buang serta mendesak penyelesaian jangka panjang kepada krisis pencemaran plastik. 

Unilever, Nestle, Procter and Gamble, Mondelez International, Philip Morris International, Danone, Mars dan Colgate-Palmolive merupakan beberapa jenama lain yang disenaraikan menjadi pencemar teratas pada tahun 2021.

Pengeluaran plastik global dilaporkan meningkat daripada 20 juta tan metrik pada 1966 kepada 381 juta tan metrik pada 2015, peningkatan 20 kali ganda dalam tempoh setengah abad, demikian menurut laporan tersebut.

“Sesetengah syarikat telah memberi tumpuan kepada projek-projek kitar semula tetapi itu tidak cukup baik. Kita perlu kurangkan pergantungan terhadap pembungkus pakai buang dan kami mahu melihat mereka bertindak untuk mengurangkannya,’’ jelas penasihat dasar kanan di Tearfund, Joanne Green.

“Kami mahu mereka untuk kumpulkan barangan yang mereka jual. Coca-Cola sudah pun melakukannya di peringkat global tetapi kami mahu mereka melakukannya bagi setiap negara,’’ tambahnya.

Menurut Bank Dunia, kira-kira 93 peratus sisa di negara berpendapatan rendah telah dibakar di jalan raya, tanah lapang atau laluan air mengalir yang dilihat menghalang aliran longkang, menyebabkan banjir dan memburukkan lagi penularan penyakit bawaan air. – Agensi

POPULAR

Baca Juga

Komentar

 Pusatin Informasi 


 Postingan Lainnya